Rabu, 18 Februari 2009

menulis kembali

teringat saya kepada kata-kata Prof. Em. Tan Sri Pendita Dr. Ismail Hussin semasa satu pertemuan di Kuantan, Hasnah! jangan berhenti menulis kerana menulis itu kerja penulis, bukan penulis kalau tidak menulis. Menulis itu roh penulis....aku hanya ketawa, sambil menghulurkan Warta Gapena dan dia menunjukkan rencana ringkas aku mengenai dpmp, berita dpmp ketika itu.

sebenarnya aku sedang mencari kekuatan sendiri. Kalau dulu aku boleh menulis rencana , kritik senilukis, cerpen, drama radio, tapi kenapa tidak sekarang.? Bangkali otak dah beku, fikiran dah tumpul, idea dah habis, tapi kalau nak masih boleh.

semalam abdullah john datang, suruh aku menulis. Paling tidak sekali seminggu, baru menjadi semula...tulis...ya...tulis.

2 ulasan:

  1. bagussss...tulis lagi kak nah.

    abdullah john

    BalasPadam
  2. askm, pn hasnah, jangan jemu menulis lagi,lama tak jumpa, tengok gambar pun jadilah.dari kawan lama, hamidah Alus.

    BalasPadam