Rabu, 18 Februari 2009

menulis kembali

teringat saya kepada kata-kata Prof. Em. Tan Sri Pendita Dr. Ismail Hussin semasa satu pertemuan di Kuantan, Hasnah! jangan berhenti menulis kerana menulis itu kerja penulis, bukan penulis kalau tidak menulis. Menulis itu roh penulis....aku hanya ketawa, sambil menghulurkan Warta Gapena dan dia menunjukkan rencana ringkas aku mengenai dpmp, berita dpmp ketika itu.

sebenarnya aku sedang mencari kekuatan sendiri. Kalau dulu aku boleh menulis rencana , kritik senilukis, cerpen, drama radio, tapi kenapa tidak sekarang.? Bangkali otak dah beku, fikiran dah tumpul, idea dah habis, tapi kalau nak masih boleh.

semalam abdullah john datang, suruh aku menulis. Paling tidak sekali seminggu, baru menjadi semula...tulis...ya...tulis.

Selasa, 17 Februari 2009

Khamis, 22 Januari 2009

Asyura musim mu datang lagi

musim ayura" datang lagi
tahun ini nampaknya hari ini barulah berkesempatan memasak ayura
dah ramai kawan_taulan ajak jadi tekong masak asyura<>
Tapi nasib baik hari ni<> itupun bila budak puteri cawangan aku sms hari isnin lepas>>>>smsnya>>> salam> kak nah >>murni ni> boleh kak nah jadi ketua masak asyura ofis murni hari khamis ni?

hampir kecewa budak tu bila hari selasa baru aku baca smsnya, ( aku ni jenis tak berapa mesra sms.... suami aku selalu kata, ada kemudahan tak nak guna...hmm..betul juga tu) Aku pun telefon...( tak sedap sms...tak dapat jawapan insitu..kah..kah..aku ketawa masa bercakap dengan murni...budak tu faham sangat) jadi aku pun jawap OK!
Hari ni aku pun ke PPANegeri Pahang nak buat ayura jam 8.00 pagi janjinya........lepas hantar anak dara aku ke mgs...masih sekolah tingkatan 5...ambil spmlah tahun ni...harap-harap dapat pencapaian baik.

Dengan dibantu oleh kakitangan maka buatlah asyura;
ada orang minta resepi...ada rahsia ke kak nah..jawab aku mudah aje...tak eh, bukankah memberi ilmu yang kita ada tu besar pahalanya. Kalau kita kedekut ilmu kan rugi, kalau kita mati esok, tak ada kesinambungan ilmu yang ada. Ilmu pun ditimbus bersama jasad kita. Orang muslim mesti yakin dengan ajaran Rasulullah s.a.w ; tiada yang lebih bahagia bagi orang yang memberi ilmu iaitu selagi ilmu baik itu digunakan ia mendapat pahala dan janji di akhirat sudah tentu yang baik-baik saja.
ini pun termasuk amal makruf...buat yang baik-baik sajalah.
nak resepi? tanya aku kepada rakan. Yalah....

resepinya macam ni:

4kg -beras
10kg- santan
6kg- gula
6 tin - jagung manis
1kg-kacang hijau
2kg- keledek
50 btg- serai
1/2 kg- lengkuas
1/2 kg - halia
400 g- ketumbar goreng
1kg- bawang merah
300 g- bawang putih
5kg- daging
300 g- lada hitam
1kg- manisan manis
1kampit- garam halus(harga 50sen)
1kg- keladi
1kg-labu
600g- rempah asyura
1/2 kg- barli
1/2 kg- keresek
1kg- bawang goreng
1 botol madu

(resepi ni untuk satu kawah...buatlah ikut resepi, jangan kurang, jangan lebih bahan resepi, insya allah sedap) Sedap maknanya serba rasa.

Seingat saya pada tahun 2001/2003 saya pernah hantar ke Alamanak 2001/2003, masuk bertanding atas nama rakan karib saya, menang resepi ni...dapat hadiah pergi Lengkawi...
Tahun ni anak buah saya masuk bertanding di Padang MPK, anjuran Pejabat Agama Pahang...menang lagi , dapat nombor satu Kategori NGO- LKPIM , dapat RM3,000.00
Resepi ni belajar dari orang lama, ubah-suai ikut rasa dan ditambah pengalaman dengan bergaul dengan rakan-rakan lain. Masakan ni kerja seni, ubah rasa ikut pengalaman dengar, lihat dan rasa...

akhirnya untuk hari ni, ayura ni rupanya sedap dimakan bulan Muharam je...entahlah , agaknya ada aura dari cerita Nabi Noh dulu kot...Muharam ini bulan baik, banyak peristiwa lampau yang baik-baik berlaku pada bulan ini. Pilihannya mesti ada fadhilatnya, hanya Allah jua yang mengentahuinya.

Amin............wassallam.

Selasa, 20 Januari 2009

keluarga ku


tahun baru azam baru

assallamualaikum,

aku tujukan kepada teman seangkatan/ SR.Tg Bunga 64/70/ SMK Kubang Kerian KB tahun 70/76...wei apo khaba lo ni ? suka sungguh dapat berceloteh dalam blog. Laki aku kata aku bongok...sebab sejak tahun lepas dia beli laptop ni....pasang internet...yang sedap tu akulah yang tolong dia bayar stremix............baru ni aku nak cuba menulis blog....bukan apa, aku malas serabut....sibuk dengan urusan persatuan.........dengan hal politik..........hal kampung.........hal rakan-rakan...........hal anak..........dan sekarang asyik teringatkan dua cucu yang sedang keletah si Jasmin dan Alkaf........

kepada yang pernah kenal dalam arena penulisan khususnya DPMP./GAPENA/DBP/RTM/UM./BH/wANITA/jELITA/wATAN,,,
..kalau jumpa geng penulis ..nak pulak yang menulis skrip drama radio..asyik tanya, bila kak Nah nak menulis skrip.......wAN tHUWAIBAH apa lagi ....marah betul dia...pasal aku lama tak tulis drama radio..........salam buat penerbit di Radio 1 yang pernah ada kontek dengan kawe..........Sarimah Ghalim, Zuraidah Md.Noh, Hjh Robengah, Mohaini Saad, Ali Rahman, Pak Chat, Zakaria Sabtu, JD Khalid mana kau?
Yang sedap tu.....penulis yang pernah jadi anak murid aku cIK Norsiah dah menulis banyak dari aku akhir-akhir ni, tak apa.. nanti kawe menuis semula.

kepada yang pernah berpolitik dalam gelanggang aku........UMNO untuk selama-lamanya
harap kenangan dalam Wanita Paya Besar tak akan kulupakan...itulah sekolah politik aku yang paling mahal. Dato' Siti Zaharah walaupun ada pahitnya tapi manisnya banyak sekali. Apa kabar Bukit Sagu, Bukit Kuantan, Lepar Hilir 1,2,3 dan Lepar Utara. Pak Long Zizan dalam kenangan. Orang Bekapor macamana? Salam buat Pak Leh bekas drebar Allahyarham Tun rAZAK, seronok dengar cerita Pak Leh pasal cerita bagaimana Allahyarham Tun mula mengorat Toh Puan Rahah. Cerita baik kita buat panduan, kata Pak Leh orang lama mengorat ada sopannya.Yalah tu Pak Leh...

Azam tahun ni nak buka semula bab penulisan..........antologi dan skrip jadi tumpuan.