Khamis, 22 Januari 2009

Asyura musim mu datang lagi

musim ayura" datang lagi
tahun ini nampaknya hari ini barulah berkesempatan memasak ayura
dah ramai kawan_taulan ajak jadi tekong masak asyura<>
Tapi nasib baik hari ni<> itupun bila budak puteri cawangan aku sms hari isnin lepas>>>>smsnya>>> salam> kak nah >>murni ni> boleh kak nah jadi ketua masak asyura ofis murni hari khamis ni?

hampir kecewa budak tu bila hari selasa baru aku baca smsnya, ( aku ni jenis tak berapa mesra sms.... suami aku selalu kata, ada kemudahan tak nak guna...hmm..betul juga tu) Aku pun telefon...( tak sedap sms...tak dapat jawapan insitu..kah..kah..aku ketawa masa bercakap dengan murni...budak tu faham sangat) jadi aku pun jawap OK!
Hari ni aku pun ke PPANegeri Pahang nak buat ayura jam 8.00 pagi janjinya........lepas hantar anak dara aku ke mgs...masih sekolah tingkatan 5...ambil spmlah tahun ni...harap-harap dapat pencapaian baik.

Dengan dibantu oleh kakitangan maka buatlah asyura;
ada orang minta resepi...ada rahsia ke kak nah..jawab aku mudah aje...tak eh, bukankah memberi ilmu yang kita ada tu besar pahalanya. Kalau kita kedekut ilmu kan rugi, kalau kita mati esok, tak ada kesinambungan ilmu yang ada. Ilmu pun ditimbus bersama jasad kita. Orang muslim mesti yakin dengan ajaran Rasulullah s.a.w ; tiada yang lebih bahagia bagi orang yang memberi ilmu iaitu selagi ilmu baik itu digunakan ia mendapat pahala dan janji di akhirat sudah tentu yang baik-baik saja.
ini pun termasuk amal makruf...buat yang baik-baik sajalah.
nak resepi? tanya aku kepada rakan. Yalah....

resepinya macam ni:

4kg -beras
10kg- santan
6kg- gula
6 tin - jagung manis
1kg-kacang hijau
2kg- keledek
50 btg- serai
1/2 kg- lengkuas
1/2 kg - halia
400 g- ketumbar goreng
1kg- bawang merah
300 g- bawang putih
5kg- daging
300 g- lada hitam
1kg- manisan manis
1kampit- garam halus(harga 50sen)
1kg- keladi
1kg-labu
600g- rempah asyura
1/2 kg- barli
1/2 kg- keresek
1kg- bawang goreng
1 botol madu

(resepi ni untuk satu kawah...buatlah ikut resepi, jangan kurang, jangan lebih bahan resepi, insya allah sedap) Sedap maknanya serba rasa.

Seingat saya pada tahun 2001/2003 saya pernah hantar ke Alamanak 2001/2003, masuk bertanding atas nama rakan karib saya, menang resepi ni...dapat hadiah pergi Lengkawi...
Tahun ni anak buah saya masuk bertanding di Padang MPK, anjuran Pejabat Agama Pahang...menang lagi , dapat nombor satu Kategori NGO- LKPIM , dapat RM3,000.00
Resepi ni belajar dari orang lama, ubah-suai ikut rasa dan ditambah pengalaman dengan bergaul dengan rakan-rakan lain. Masakan ni kerja seni, ubah rasa ikut pengalaman dengar, lihat dan rasa...

akhirnya untuk hari ni, ayura ni rupanya sedap dimakan bulan Muharam je...entahlah , agaknya ada aura dari cerita Nabi Noh dulu kot...Muharam ini bulan baik, banyak peristiwa lampau yang baik-baik berlaku pada bulan ini. Pilihannya mesti ada fadhilatnya, hanya Allah jua yang mengentahuinya.

Amin............wassallam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan